Wednesday, November 25, 2009

I hate my body

Aku amat bosan. Bila diberi cuti percuma, aku rasa bosan pulak. Bosan sebab tak ada aktiviti. Tapi esok mungkin aku akan balik kampung, untuk menyambut Hari Raya Haji.

Aku tension dengan badan aku sekarang ni. GEMUK SANGAT!!!

Aku memang perlu berdiet, sebab aku tak suka GEMUK!

Gemuk buat aku rasa malas, gemuk buat pergerakan aku sangat perlahan. Aku benci GEMUK!
Maaf, bukan aku pandang rendah dengan mereka yang gemuk ni, cuma aku rasa tak selesa dengan diri sendiri.

Aku bukan mahu kurus sangat pun, cukup sekadar badan aku ringan, dan aku boleh bergerak pantas, lincah dan tak macam sekarang ni, seluruh badan aku sakit sakit sebab aku dah LAAAAAAAMMMMMAAAAAAAAA sangat tak buat senaman.

I used to exercise daily, but since a few years back, I have totally stopped from exercising. Aku dah jadi malas. Sebab tu badan aku naik macam belon kena pam, pula tu aku tak jaga makanan.

Arghhh.., aku memang tension dengan bentuk badan aku sekarang ni. Benci! Benci!

Tapi takkan aku nak scream BENCI without doing anything, kan? Of course I have to do something about it.

From now on, aku memang tak mahu makan nasi. Aku mahu banyakkan senaman, dan mungkin terpaksa ambil bahan sampingan untuk percepatkan proses diet aku ni.

Urghh.., kenapalah berat badan aku boleh mencapai ke tahap ni? Kenapa susah sangat aku nak maintain sama macam masa aku sekolah dulu?

Thursday, November 19, 2009

Tentang Cinta

Tadi karl call aku. Aku tahu dia mesti marah bila dia tanya aku dekat mana, aku jawab aku ada dekat cyber cafe.

Aku pun dah tak tahu camana nak ambil hati dia semula. Aku memang suka melayan internet. Dan aku tahu aku pernah buat perkara yang menyakitkan hati dia yang berkaitan dengan internet ni.

Tapi itu dulu, sekarang aku dah tak buat apa apa langsung!

Sekarang ni aku saja suka melayan forum dan facebook, aku gila main game facebook, itu saja.

Tapi karl ingat aku melayan chatting dekat YM.

Hello? tolonglah..., kerja aku bukan asyik nak cari jantan aje, ok!

Aku tension pasal ni. Aku tak tahu macamana nak bagi karl percaya pada aku semula.

Arghhhh!!! Tension!

about the forum

Ok, aku nak sambung screaming aku untuk hari ni.

Tadi I have to stopped because I've got to work. Dekat office aku tak boleh active sangat berblogging because ada spy. Lagipun tak selesa nak curi tulang dan update blog time kerja. Lepas habis kerja baru rasa selesa dan merdeka sikit.

Aku sebenarnya ada join sebuah forum ni. Aku memang suka lepak dekat sana sebab kadang kadang forum tu really entertained me dan buat aku lupa masalah. Cuma kadang kadang aku rasa menyampah dengan some of the forumers yang macam bagus, yang perasan dan yang suka berlagak konon dia hebat.

Itu belum masuk dengan perempuan bujang yang sibuk promosi diri, dengan bini orang yang suka cakap bukan bukan, dan 1001 kerenah lagi.

Aku dah lama pendam rasa tak puas hati aku dengan dorang.

There is one middle age woman, suka sangat perli perli dan suka menyibuk hal orang. Pantang ada isu panas sikit aje, mulalah dia simbah minyak.

Dan yang paling aku dengki sekali.. yup, boleh katakan begitu, aku dengki, tapi suka akulah kan? Aku manusia biasa yang penuh dengan hasad dengki, dan aku tak mahu cakap depan depan, aku cakaplah belakang, haha..

Aku memang agak kurang "suka" dengan dia ni, sebab she always painting an image of a perfect lady. Everything about her is perfect. She is smart, she is beautiful, she got the perfect job, but she still single with a bunch of admirer.

See.., bukankah itu semua reasons to hate her? She always write something so perfect about herself and her life.

Dulu aku sukalah baca, tapi sekarang ni aku dah naik menyampah dan meluat, benci sangat sangat. Tapi tengok, aku baik tak? Aku benci tapi aku tak hebahkan pun, cuma dekat sini aje aku hebahkan, huhu.. lantaklah..

suka hati akulah kan?

Wednesday, November 18, 2009

Apa apa jelah!

Ada banyak yang aku nak rage kan kat sini.

1- Tentang forum yang aku sertai tu.

2- Tentang boyfriend aku, baik aku namakan dia Karl aje. Hahahaha.., Karl konon, tapi memang ada sikit sikit nak sama dengan nama sebenar dia.

3- Tentang kerja aku. Entahlah, semua tempat yang aku kerja tak pernah kena dengan jiwa aku. Aku ni ada masalah ke apa? Tak apa, aku cubalah bertahan sebab bukan senang nak dapat kerja sekarang ni, lagipun kalau aku berhenti, siapa nak bagi aku duit? Fikir masak masak dulu, jangan buat keputusan terburu buru.

4- Tentang hidup aku yang .., arghhh..., ala ala "so-called" aje ni. Aku benci.., but slowly I'm going to love my life and myself more than before. If this is what I could get in my lifetime, then be it. Syukur saja. Amin.

5- Tentang people, manusia sekitar aku. Aku ni memang jenis suka menyampah dengan banyak perkara. Lagi aku simpan, lagi beban kepala otak ni, baik aku hamburkan saja semuanya dalam blog.

Aku rasa itu saja kot? Dekat sini, suka hati aku kalau aku nak post 10 entry sekaligus dalam satu satu masa. Malas aku nak follow rules.

Sini.., tak ada rules!

My First posting

Aku create another blog.

Aku perlukan tempat untuk luahkan segala amarah dan dendam kesumat dalam hati aku ni. Tempat aku boleh menjerit sesuka hati dan tak perlu kawal diri dan tatabahasa. Ikut suka hati aku nak guna bahasa yang paling kesat sekali pun.

Ini adalah sisi aku yang satu lagi.